Saturday, 30 May 2015

Kutu oh Kutu

Hai kekawan...
Lame saya tak update.
Its been a long time..
Sejak akhir-akhir ni sibuk dengan urusan keje... 
Alhamdulillah, everything going smoothly.. with Allah.
Thank you, Allah!
Thank you, Allah!
Thank you,Allah!

Sekarang saya nak kongsi cara pakai ubat kutu. Ubat kutu yang selalu ahli farmasi akan dispen adalah Gamma Benzene Hexachloride 1% Lotion.  


Cara pemakaiannya adalah:
1. Mandi dan keringkan rambut dengan sempurna 1 jam sebelum menggunakan ubat ini.
2. Sapukan ubat ini dengan rata pada rambut.
3. Biarkan ubat pada rambut ini selama 4 minit.
4. Sikat rambut dengan sikat kutu (lice comb) dan cuci rambut dengan air dan syampu. Jangan menggunakan air panas.
5. Keringkan dengan tuala dan sikat sekali lagi.
6. Jika perlu, ulang penggunaan ubat kali kedua selepas 7 hari.

Langkah Penjagaan:
1. Pakaian, tuala, cadar, selimut yang tercemar perlulah dibasuh dengan detergen dan air panas dan dijemurkan dibawah cahaya matahari untuk membasmikan kutu.
2. Jangan kongsi tuala.
3. Elakkan sentuhan langsung dengan mata dan mulut.

Perhatian kepada golongan:
1. Ibu mengandung.
2. Ibu yang menyusukan anak.
3. Pesakit yang ada sejarah sawan.
4. Kanak-kanak di bawah 2 tahun.

So, semoga manfaat :)

Rujukan:
1. Jawatankuasa Kerja Kaunseling, Bahagian Perkhimatan Farmasi, Jabatann Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.

No comments:

Post a Comment