Panduan untuk graduate Farmasi dari over ‘the’ sea.
3. Print out borang dan salinan sijil kena ada cop disahkan. Sila baca dengan teliti ye dalam borang tu. Borang perlu diprint out dan tidak boleh di fotocopy sbb ada bagian “untuk kegunaan pejabat sahaja” klo print dia keluar tapi klo fotocopy bagian tu tak dpt detect. Pastu pos lah. Kira-kira, ± 2 minggu korang akan dapat Sijil Pendaftaran Farmasi Sementara.
4. Maklumat tambahan : Ada dua pilihan samada nak pos atau nak hantar sendiri ke lembaga farmasi di petaling jaya. Klo hantar by hand, nt bgtau kt farmasi di biro farmasi di petaling jaya kira2 bile boleh siap dan klo nak ambik sendiri bagi tau . If ambik sendiri dalam 3 hari dah siap dan datang ambik.
5. Nota tambahan: nanti buat salinan sijil yang telah dicop sah tu lebih sebab kite akan guna waktu interview SPA dan untuk daftar di KKM. Buat 3 copy smuanya.
6. Setelah itu, call SPA untuk walk-in interview. Disebabkan kita pelajar luar negara , so... interveiw walk-in. Buat appointment dengan pihak spa yang in-cas. Buat masa ini, di portal SPA yang in-cas adalah Puan Azura binti Abdul (+603-88856372) , Puan Normah binti Muslim (+603-88856313) dan Cik Norhidayah Binti Yaacob (+603-88858339). Pilih salah satu nombor nie. Saya call melalui Puan Azura sebab dia selalu di talian. In case tak dapat, ada dua lagi pilihan nombor. Korang kena update nombor telefon untuk temuduga walk-in di portal SPA.
7. Pastu jangan lupe... bagi yang JPA p putrajaya dekat ng banggunan SPA utk bgtau dah tamat pengajian dan bagi mara pun lapor diri kt Mara arkib dekat sogo. ( Bile mula keje, mula bayar balik pinjaman tersebut.......*nanges- xda menda free*
8. Next, tunggu panggilan HANGAT daripada temuduga... ALERT hp. Save 3 nombor SPA tu kat hp sbb nt diorg akan call dengan talian nombor yang sama. In case diorg call, kite tak sempat nak angkat. Bile cek miss call, korang boleh call balik supaya tidak terlepas interview.
9. Bila dah dapat call, sediakan original dan fotocopy yang telah disahkan (di nombor 5.) yaitu :
- Salinan kad pengenalan yang disahkan
- Salinan surat beranak yang disahkan
- Salinan keputusan SPM yang disahkan
- Salinan Perakuan Pendaftaran Sementara farmasi yang disahkan
- Salinan degree ijazah yang disahkan
- Salinan transkrip result pengajian yang disahkan
- Gambar saiz pasport sekeping
- Sijil-sijil original dokumen diatas
10. Interview
- Sila datang before 8am. Sebab saya punye interview jam 10 pg tapi pukul 9 pagi dah kena panggil.
- Sarapan before come sbb nanti lapar.Bawak air dan roti dalam bag.
- Dah sampai ke tempat temuduga, daftar nama dan dapatkan borang. Setelah selesai isi disertakan fotocopy yang dicop sahkan dan 1 foto berukuran pasport. Ke kaunter lagi untuk dapatkan nombor giliran. Pelajar farmasi no need beratur sbb sikit je.. Dokter yang ramai...so takyah ikut barisan dokter beratur.
- Lepas habis interview, ke kaunter balik. Tanya kakak kat kaunter lepas ni nak buat apa, bila dapat surat spa. Ada yang dapat surat on the spot, ada yang dapat dalam 1 atau 2 bulan. Saya dapat on the spot, so trus sain surat setuju terima pelantikan pegawai. So tak perlulah ulang alik lagi ke SPA untuk hantar satu salinan surat setuju terima pelantikan pegawai.
11. Setelah interview, pergi ke banggunan KKM (kementerian Kesihatan Malyasia) untuk daftar borang maklumat diri, disana dikenali borang BMD. Lepas masuk banggunan KKM blok E, depan kaunter tu kena daftar sebab untuk dapat kan pas masuk. Sebab nak masuk pintu dia kena pakai kad korang ambik tu..sistem touch and go gituw... Nanti cari Puan Nurul yang in-cas farmasi. Sebarang pertanyaan tanya Puan Nurul.
12. Bagi yang belum dapat surat SPA. Tunggu dapat surat SPA dan senior cakap no need pi Bangunan SPA , boleh je pos ke SPA.
13. Jangkaan posting adalah : kira-kira 2 bulan paling cepat dapat surat KKM untuk posting.
( Ini Cuma perhitungan bulan, dan cerita dari orang-orang pengalaman,so Keep Pray bg nak cepat keje..Pray Harder J hahaha..Semangat 45...ooppss..Semangat 57 laaaaaa!!!)
14. Tunggu surat dari KKM. KKM post surat ke rumah untuk tau dapat posting.
15. Tips interview :
• penampilan (rambut, lelaki baju kemeja lengan panjang,seluar keje hitam,kasut hitam kulit o PVC, stokin hitam..isi borang smua kne pen hitam)
• knowledge (soalan pengetahuan bidang dan pengetahuan awam.)
• Attitude.. (ketuk pintu,masuk dan bg salam dan salam tgn ..bismillah dan jawablah dengan jawapan seorang profesional..
• ingat..sblum kuar bilik interview...salam dan ucap terima kasih..
• Jawab soklan interview jangan ikut skematik macam dalam buku.Lepak je.
16. Tu la sedikit gambaran. Banyak doa dan Selamat berjaya! :)
Allah selalu bersama kite :)
p/s:
1) Jika ade informasi latest tentang cara apply "fresh graduate", boleh la kongsi or email saya, *sangat di alu-alu kan*ciee :)
2) mesti bosan gile kan baca post ni... terlalu informatik..ceh! haha